Latar belakang Yamanaka Ino

Yamanaka Ino amat mementingkan rupa paras dan merupakan sebahagian daripada Pasukan 10 (Pasukan Asuma) bersama-sama dengan rakan sepasukan Nara Shikamaru dan Akimichi Choji. Pada mulanya, Ino tidak menyukai Choji kerana saiz badannya dan Shikamaru kerana personalitinya yang tidak popular tetapi sebenarnya, Ino mempunyai pertalian persahabatan yang baik dengan mereka. Lagipun, ayah mereka bertiga pernah bekerjasama sebagai satu pasukan. Maka, Pasukan 10 dianggap sebagai pasukan generasi kedua Ino-Shika-Cho. Ino, Shikamaru dan Choji memakai anting-anting yang sama jenis - cincin perak yang kecil.

Sebagai anak perempuan seorang pemilik kedai bunga, Ino sangat mahir dalam seni menggubah bunga. Sebagai ahli keluarga Yamanaka pula, Ino menguasai jurus yang melibatkan manipulasi minda.